Friday, 20 May 2011

FORMAT KERTAS


FORMAT  PEPERIKSAAN STPM
KESUSASTERAAN MELAYU [922]

KERTAS 1 [3 JAM]

Kertas 922/1 mengandungi empat bahagian. Setiap bahagian mengandungi dua soalan. Calon wajib menjawab satu soalan daripada setiap bahagian.

Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Bahagian B: Sulalatus Salatin [Sejarah Melayu]
Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional.
Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional.

KERTAS 2 [3 JAM]
Kertas 922/2 mengandungi empat bahagian. Setiap bahagian mengandungi dua soalan. Calon wajib menjawab satu soalan daripada setiap bahagian.

Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan
Bahagian B: Novel dan Cerpen.
Bahagian C: Drama.
Bahagian D: Sajak.


SELAMAT DATANG..........

Selamat Datang dan selamat melayari blog SASTERAWIS yang dihasilkan untuk keperluan pelajar yang memilih subjek Kesusasteraan Melayu di SMK Beaufort II. Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk mencurahkan segala ilmu yang ada pada saya untuk keperluan masa depan saudara/i. Sememangnya pemilihan saudara/i terhadap subjek Kesusasteraan Melayu tidak merugikan kerana subjek atau pun kos Pengajian Kesusasteraan Melayu sememangnya ditawarkan di semua Universiti Tempatan. Dan saya sendiri adalah salah seorang Pelajar, Guru Pelatih, Mahasiswa dan Guru aliran Kesusasteraan Melayu bermula pada tahun 1991 hingga kini. Semoga dengan adanya blog SASTERAWIS ini semua pelajar pra u akan memanfaatkan sebaik mungkin bahan-bahan yang disediakan. Sekian Terima Kasih

berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang di kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi.