Tuesday 12 July 2011

CONTOH SOALAN PETIKAN

                               
Bismillahi Rahman Rahim. Wabihi nastainu billahi taala. Ini hikayat peri menyatakan Nur Muhammad Rasullah s.a.w. Bermula maka takala itu semata-mata alam pun belum jadi, arasy dan kursi pun belum jadi, langit dan bumi pun belum jadi, darat dan laut pun belum jadi. Tersebut loh pun belum tersurat dan seperti Nabi s.a.w kepada Nabi Adam a.s yakni Nabi Adam antara tanah dan seperti sabda Nabi s.a.w, Awwalu ma khalaqal taala annura. Ertinya, pertama-tama dijadikan Allah Taala itu cahayaku ini. Maka ia pun sujud dengan firman Allah menyuruh sujud. Demikianlah firman Allah ,”Sujudlah engkau lima puluh tahun lamanya”.

[Dipetik daripada Inilah Hikayat Nur Muhammad, Mutiara Sastera Melayu Tradisional, DBP,KL:halaman 189]

a)    Nyatakan dua teknik plot dalam petikan di atas.                [12m]   
b)   Nyatakan makna ”Nur Muhammad s.a.w”.                           [5m]
c)    Nyatakan dua peristiwa penting selepas petikan di atas.   [8m]


No comments:

Post a Comment